Blog-blog Penulis
Assalamu’alaikum wbt…
Pada blog ini Penulis ingin berkongsi kepada pengunjung semua tentang perjalanan Penulis dalam membina beberapa blog yang telah diamanahkan oleh penyelia latihan ilmiah Penulis. Untuk pengetahuan semua, penyelia latihan Penulis ialah Dr Hjh Siti Fatimah Mohd Yassin dan Dr Saemah Rahman. Terdapat seramai 20 orang pelajar PIPAQ yang berada dibawah seliaan mereka termasuk Penulis sendiri. Penulis dan rakan-rakan yang lain merelakan diri untuk diselia oleh Dr Hjh Siti Fatimah Mohd Yassin dan Dr Saemah Rahman.
Bagaimana Penulis boleh menyertai group ini? Sebenarnya, rakan Penulis yang mengajak Penulis untuk mengikuti group latihan ilmiah ini. Kami memberikan nama masing-masing kepada Hajjah pada hujung sem lepas lagi.. Penulis tertarik mengikuti group ini setelah rakan Penulis menerangkan serba sedikit mengenai tugasan yang perlu kami lakukan dalam group ilmiah ini.
Pembinaan Blog? pembinaan blog merupakan tugasan utama yang perlu kami lakukan. Terdapat beberapa blog yang perlu kami siapkan yang mana Penulis akan menerangkan proses pembinaan blog tersebut. Pada awal Penulis tidak berasa yakin kerana memikirkan pembinaan blog adalah bukan perkara mudah tetapi oleh kerana rakan-rakan yang lain mengikutinya dan segala permasalahan boleh dibincangkan bersama.
Tajuk utama kami untuk group latihan ilmiah ini adalah "PENGINTEGRASIAN SUMBER MAKLUMAT DARI LAMAN WEB UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ...” dan sambungan ayat tajuk ini adalah mengikut tajuk sendiri..Dan kami dikendaki membina satu blog khas untuk tajuk ini.
Setakat ini untuk coretan muqaddimah Penulis.