Metaku (http://www.3metaku.com)


METAKU adalah panduan untuk mengakses dan mempelajari bahan dalam persekitaran pembelajaran hipermedia dengan mengamalkan strategi metakognitif dan memfokus kepada dua bentuk pembelajaran iaitu pembelajaran dalam talian dan luar talian. Laman ini telah dibina oleh Pensyarah-pensyarah Fakulti Pendidikan, UKM. Hal ini boleh dilihat pada hiperteks pasukan pada laman ini.

Pada awal melayari web ini, penulis mendaftar sebagai pendaftar baru dan mengisi maklumat pada ruangan daftar baru. Setelah mendaftar sebagai ahli pada metaku ini, penulis telah mengisi borang pada ruangan analisis kendiri. Terdapat beberapa bahagian yang terdapat pada ruangan ini antaranya Tahap Mencari, Memilih, Menyimpan, Mempelajari Maklumat. Setiap bahagian mempunyai borang yang perlu penulis isi. Tujuan ruangan Analisis kendiri ini adalah untuk membantu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelajar belajar dalam persekitaran hipermedia.

Setelah mengisi borang tersebut, penulis telah meperolehi keputusan tersebut:
Keputusan Analisis Kendiri:
> Mencari maklumat : 75
> Memilih maklumat : 69
> Menyimpan maklumat : 88
> Mempelajari maklumat : 66

Setelah itu, Penulis telah mengikuti/melayari ruangan strategi metaku. Pada ruangan ini terdapat dua bahagian atau modul yang penulis pelajari iaitu modul dalam talian dan modul dalam dan luar talian. Dalam modul dalam talian, adalah untuk pelajar yang ingin mempelajari bahan secara dalam talian. Ia melibatkan proses mencari, memilih dan mempelajari bahan secara dalam talian. Modul dalam dan luar talian adalah untuk pelajar yang ingin mempelajari bahan secara dalam dan luar talian. Ia melibatkan proses mencari, memilih, menyimpan maklumat secara dalam talian dan mempelajari bahan secara luar talian. Pelbagai ilmu yang penulis dapat setelah mempelajari modul-modul tersebut. Penulis berasa bersemangat dan berminat mempelajari modul ini disebabkan isi-isi pengajaran teratur dalam bentuk peta minda dan terdapat hiperteks untuk penerangan pada setiap cabang bagi isi utama tersebut. Penerangan yang diberikan juga cukup jelas dan mudah difahami . Penulis banyak mendapat input daripada strategi metaku ini. Banyak benda baru yang penulis baru ketahui berbanding sebelumnya.

Penulis juga telah melayari ruangan pra keperluan. Terdapat beberapa bahagian yang terdapat pada ruangan ini iaitu pelayar web, enjin carian, teknik carian, dan simpanan dalam talian. Bahagian-bahagian tersebut merupakan kemahiran asas dalam mengakses dan mempelajari maklumat daripada internet. Banyak yang telah penulis pelajari dalam ruangan ini. Terdapat juga bahagian-bahagian yang telah penulis kuasai seperti bahagian enjin pencarian dan pelayar web. Manakala bahagian yang lain adalah ilmu yang baru penulis perolehi.

Setelah melakukan aktiviti pembelajaran, penilaian kendiri dilakukan bagi menilai atau mengenal pasti kekuatan dan kelemahan belajar dalam persekitaran hipermedia disamping memberi peluang kepada penulis merenung semula aktiviti pembelajaran yang telah dilalui. Keputusan penilaian kendiri adalah seperti berikut:
Keputusan Penilaian Kendiri:
> Mencari maklumat : sebelum 73, selepas 80
> Memilih maklumat : sebelum 53, selepas 83
> Menyimpan maklumat : sebelum 71, selepas 79
> Mempelajari maklumat : sebelum 52, selepas 66

Berdasarkan skor yang penulis telah perolehi, penulis merasakan perlu melakukan aktiviti pembelajaran sekali lagi. Penulis telah bercadang akan melakukan aktiviri pembelajaran pada masa-masa yang lapang.

Terdapat beberapa kelebihan METAKU antaranya:

  • METAKU membantu anda mendapatkan maklumat dengan efektif dalam persekitaran pembelajaran hipermedia
  • Memberi panduan langkah demi langkah untuk anda mempelajari maklumat yang diakses dari Internet
  • Membantu anda meningkatkan kemahiran belajar yang diperlukan dalam persekitaran pembelajaran hipermedia.
  • Menekankan peranan strategi metakognitif iaitu merancang, memantau dan menilai supaya maklumat yang diakses menepati kehendak, apa yang perlu dicari dan membantu menyelesaikan tugasan anda
  • Membimbing anda cara mensintesis maklumat yang diperolehi dari Internet untuk mengelakkan plagiarism

0 Comments:

Post a Comment