Hiasan @ ‘make up’ Blog

Pada peringkat ini, penulis tidak lagi memikirkan untuk membuat hiasan pada blog-blog penulis. Hal ini disebabkan penulis ingin mengutamakan perkara yang utama. Hiasan mengambil masa yang lama disamping memerlukam internet yang lancar. Setelah menyelesaikan perkara yamng utama, penulis akan menghias lagi blog-blog bagi kelihatan lebih menarik dan ceria. Penulis akan memasukkan video-video yang berkaitan dan membuat pautan ke laman-laman yang tertentu. Hiasan akan dilakukan berperingkat-peringkat mengikut kelancaran internet dan sikap penulis itu sendiri. Sekian….

Metaku (http://www.3metaku.com)


METAKU adalah panduan untuk mengakses dan mempelajari bahan dalam persekitaran pembelajaran hipermedia dengan mengamalkan strategi metakognitif dan memfokus kepada dua bentuk pembelajaran iaitu pembelajaran dalam talian dan luar talian. Laman ini telah dibina oleh Pensyarah-pensyarah Fakulti Pendidikan, UKM. Hal ini boleh dilihat pada hiperteks pasukan pada laman ini.

Pada awal melayari web ini, penulis mendaftar sebagai pendaftar baru dan mengisi maklumat pada ruangan daftar baru. Setelah mendaftar sebagai ahli pada metaku ini, penulis telah mengisi borang pada ruangan analisis kendiri. Terdapat beberapa bahagian yang terdapat pada ruangan ini antaranya Tahap Mencari, Memilih, Menyimpan, Mempelajari Maklumat. Setiap bahagian mempunyai borang yang perlu penulis isi. Tujuan ruangan Analisis kendiri ini adalah untuk membantu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelajar belajar dalam persekitaran hipermedia.

Setelah mengisi borang tersebut, penulis telah meperolehi keputusan tersebut:
Keputusan Analisis Kendiri:
> Mencari maklumat : 75
> Memilih maklumat : 69
> Menyimpan maklumat : 88
> Mempelajari maklumat : 66

Setelah itu, Penulis telah mengikuti/melayari ruangan strategi metaku. Pada ruangan ini terdapat dua bahagian atau modul yang penulis pelajari iaitu modul dalam talian dan modul dalam dan luar talian. Dalam modul dalam talian, adalah untuk pelajar yang ingin mempelajari bahan secara dalam talian. Ia melibatkan proses mencari, memilih dan mempelajari bahan secara dalam talian. Modul dalam dan luar talian adalah untuk pelajar yang ingin mempelajari bahan secara dalam dan luar talian. Ia melibatkan proses mencari, memilih, menyimpan maklumat secara dalam talian dan mempelajari bahan secara luar talian. Pelbagai ilmu yang penulis dapat setelah mempelajari modul-modul tersebut. Penulis berasa bersemangat dan berminat mempelajari modul ini disebabkan isi-isi pengajaran teratur dalam bentuk peta minda dan terdapat hiperteks untuk penerangan pada setiap cabang bagi isi utama tersebut. Penerangan yang diberikan juga cukup jelas dan mudah difahami . Penulis banyak mendapat input daripada strategi metaku ini. Banyak benda baru yang penulis baru ketahui berbanding sebelumnya.

Penulis juga telah melayari ruangan pra keperluan. Terdapat beberapa bahagian yang terdapat pada ruangan ini iaitu pelayar web, enjin carian, teknik carian, dan simpanan dalam talian. Bahagian-bahagian tersebut merupakan kemahiran asas dalam mengakses dan mempelajari maklumat daripada internet. Banyak yang telah penulis pelajari dalam ruangan ini. Terdapat juga bahagian-bahagian yang telah penulis kuasai seperti bahagian enjin pencarian dan pelayar web. Manakala bahagian yang lain adalah ilmu yang baru penulis perolehi.

Setelah melakukan aktiviti pembelajaran, penilaian kendiri dilakukan bagi menilai atau mengenal pasti kekuatan dan kelemahan belajar dalam persekitaran hipermedia disamping memberi peluang kepada penulis merenung semula aktiviti pembelajaran yang telah dilalui. Keputusan penilaian kendiri adalah seperti berikut:
Keputusan Penilaian Kendiri:
> Mencari maklumat : sebelum 73, selepas 80
> Memilih maklumat : sebelum 53, selepas 83
> Menyimpan maklumat : sebelum 71, selepas 79
> Mempelajari maklumat : sebelum 52, selepas 66

Berdasarkan skor yang penulis telah perolehi, penulis merasakan perlu melakukan aktiviti pembelajaran sekali lagi. Penulis telah bercadang akan melakukan aktiviri pembelajaran pada masa-masa yang lapang.

Terdapat beberapa kelebihan METAKU antaranya:

  • METAKU membantu anda mendapatkan maklumat dengan efektif dalam persekitaran pembelajaran hipermedia
  • Memberi panduan langkah demi langkah untuk anda mempelajari maklumat yang diakses dari Internet
  • Membantu anda meningkatkan kemahiran belajar yang diperlukan dalam persekitaran pembelajaran hipermedia.
  • Menekankan peranan strategi metakognitif iaitu merancang, memantau dan menilai supaya maklumat yang diakses menepati kehendak, apa yang perlu dicari dan membantu menyelesaikan tugasan anda
  • Membimbing anda cara mensintesis maklumat yang diperolehi dari Internet untuk mengelakkan plagiarism

Yahoo group???




ilmiah2008@yahoogroups.com merupakan emel yahoogroup bagi kumpulan latihan Ilmiah ini yang mana setiap ahli kumpulan wajib mendaftar dalam yahoogroup. Tujuan utama yahoogroup adalah bagi memudahkan ahli group sentiasa berkomunikasi dan saling berkongsi idea dalam masalah yang dihadapi antara ahli dan juga penyelia. Penyelia juga menjadikan yahoogroup ini sebagai medium untuk menyampaikan sebarang maklumat yang ingin disampaikan kepada kami. Sebagai contoh:

Assalamu alaikum,

Sebagai panduan untuk pencarian maklumat laman-laman web yang berkaitan dengan tajuk anda menggunakan strategi metakognitif - sila pelajari kandungan laman web Metaku:

www.cahtma.com/ metaku/index64. html

anda perlu mendaftar sebagai pengguna. seterusnya lakukan analisis kendiri. Jawab dengan tepat dan kemukakan keputusan kepada kami.

Saya beri tempoh untuk anda mempelajari maklumat tersebut dan dijadikan pengetahuan yang perlu diaplikasikan dalam kajian ini dalam tempoh seminggu dari sekarang (16 sept 08)

Saya juga menghantar kepada email sdr/i dan saudari borang penilaian penggunaan laman web Metaku sebelum 16 sept.

Dalam yahoogroup kami telah diarahkan agar membina folder masing2 pada ‘File’ dan juga ‘link’. Ini adalah untuk memudahkan penyelia melihat perkembangan kami dalam proses pembinaan blog. Selain itu, ahli kumpulan juga dapat melihat blog ahli yang lain dengan hanya membuka ‘link’ pada folder ahli yang lain.

Internet merupakan sesuatu perkara yang sangat penting dalam proses latihan ilmiah kami ini Hal ini kerana pembinaan blog dilakukan pada internet. Oleh kerana internet selalu ‘slow’ dan ‘server down’ menyebabkan penulis kurang bersemangat membuat blog ini khususnya dan umumnya melayari internet disamping dorongan rasa malas penulis.

Yahoogroup memainkan peranan yang penting dalam perjalanan latihan ilmiah ini kerana fungsinya yang pelbagai dan memudahkan penyelia dan ahli latihan ilmiah ini. Sekian…

;;