Blog ini adalah merupakan blog mengenai tajuk yang penulis pilih dalam latihan ilmiah ini iaitu peribadi Rasulullah sebagai contoh akhlak mulia. Pada blog ini, penulis akan memuatkan maklumat yang berkaitan berdasarkan peta konsep yang telah dibuat pada peringkat perancangan pembinaan blog tajuk ini. Peta konsep merupakan pemandu arah kepada maklumat yang akan penulis sampaikan yang mana sesuai kepada semua lapisan masyarakat sama ada pelajar atau yang lainnya. Tajuk ini juga terdapat pada sukatan mata pelajaran pendidikan Islam. Maklumat yang penulis sampaikan pada laman ini adalah berkaitan dengan taju dan memnuhi semua kriteria standard pemikiran yang telah penulis pelajari sebelum ini. Pembinaan blog ini juga tidak terlepas dari masalah dan cabaran. Masalah utama adalah memilih maklumat dan memuatkannya pada blog ini. Kemahiran yang kurang dalam memastikan blog ini memenuhi kriteria tersebut memerlukan kepada penelitian dan pemerhatian yang lebih. Penulis akan lebih berusaha memastikan laman ini memnuhi criteria tersebut dan berharap laman ini memberi manfaat kepada semua umat manusia umumnya dan khusus kepada umat Islam. Hal ini kerana Rasulullah merupakan Idola kepada manusia yang mempunyai akhlak yang tinggi lagi terpuji.


Blog ini pula, Penulis akan menceritakan sedikit sebanyak tentang pahit manis dalam membina blog-blog yang telah diamanahkan kepada penulis. Melalui refleksi yang dilakukan ini akan memberi pengajaran dan iktibar kepada penulis bagi memperbaiki lagi kelemahan-kelemahan pada masa akan datang. Disamping itu, penulis juga dapat mengelakkan masalah-masalah berulang kembali dan penulis dapat membuat perancangan yang lebih murni dalam pembinaan atau penambahbaikkan blog-blog ini.


Pada blog ini, penulis memuatkan jadual yang berkaitan keputusan analisis laman web yang berkaitan. Penulis hanya memuatkan gambar dan alamat laman-laman web yang telah dianalisis. Peringkat memasukkan jadual ke dalam post blog ini bukannya susah sangat tetapi memenatkan penulis. Hal ini kerana penulis perlu memasukkan 50 gambar pada setiap post. Disamping itu, kadang-kadang internet slow. Masalah internet slow ni la yang membuatkan penulis berasa tertekan. 50 gambar jadual dan alamat telah saya muatkan dalam blog ini dengan jayanya dan mengambil masa beberapa hari untuk disiapkan. Alhamdulillah..siap juga analisis tersebut.


muz@duniamaya merupakan blog utama penulis. Pada blog ini, penulis tidak menceritakan kisah hidup penulis tetapi penulis jadikan blog ini sebagai medium untuk menyampaikan maklumat, kisah teladan, kisah para nabi, hadith, mutiara kata, dan lain-lain lagi yang berbentuk ilmiah.

Terdapat juga pautan atau link kepada 3 blog penulis yang lain pada laman ini. Penulis rasa terharu dan gembira kerana penulis telah mempunyai blog yang mana padanya penulis dapat meyumbang sedikit ilmu khususnya ilmu yang berkaitan dengan agama.


Terdapat juga cabaran dan dugaan dalam membina blog muz@duniamaya ini antaranya hiasan atau gadget pada blog ini tidak sempurna apabila menggunakan Mozilla firefox yang mana gadget tersebut tidak tersusun dan terdapat ruang kosong hingga ke bawah. Tetapi apabila menggunakan internet explorer pula adalah sebaliknya yang mana gadget tersusun kemas. Oleh itu, penulis telah memaklumkan bahawa penggunaan internet explorer lebih menarik jika melayari laman blog ini pada bahagian bawah tajuk utama blog ini.

Insya-Allah, penulis akan berterusan menyampaikan maklumat dalam blog ini secara berperingkat dari masa ke semasa.

Proses analisis web merupakan peringkat yang paling mencabar sekali berbanding proses mencari laman-laman web. Peringkat ini memerlukan kesabaran, komitmen, konsisten, usaha, dan doa yang berterusan. Cabaran-cabaran tersebut terpaksa ditempuhi oleh penulis bagi menyelesaikan tugas dengan jayanya.

Penulis mengambil masa yang lama bagi menganalisis 50 laman web tersebut. Hal ini kerana penelitian mengenai web-web tersebut perlu dilakukan berdasarkan kriteria-kriteria standard pemikiran. Kriteria yang di gunakan oleh Paul (1995) di dalam standard pemikiran iaitu kejelasan, ketepatan, keterperincian, logik, relevan, mendalam, luas , signifikan dan adil. Penulis hanya membuat jadual yang mengandungi semua kriteria tersebut tanpa menghuraikannya lagi kerana dengan jadual tersebut kita dapat mengetahui sama ada web tersebut memenuhi kriteria tersebut atau tidak.

Terdapat beberapa masalah atau kekangan yang dihadapi oleh penulis dalam melakukan analisis ini. Pertama, pada awalnya penulis berasa tension apabila jadual mengenai ktiteria standard pemikiran tidak dapat untuk dimuatkan pada ruangan ‘post’ yang mana terdapat masalah pada jadual tersebut. Oleh itu, penulis terpaksa menjadikan jadual tersebut sebagai ‘picture’ (printscreen - paste pada powerpoint – save as picture ) agar mudah dimuatkan pada ‘post’. Perkara ini mengambil masa yang agak lama dan amat memenatkan penulis. Penulis melakukan secara berperingkat-peringkat.

Kedua, masalah biasa yang dihadapi iaitu masalah internet. Seperti biasa, masalah internet merupakan masalah yang membuat penulis tertekan, tidak bersemangat, bosan menunggu, dan menggalakkan sifat malas penulis.

Ketiga, masalah kurang mahir dalam menganalisis laman-laman web tersebut. Penulis berbincang bersama rakan-rakan bagaimana kaedah membuat analasis berdasarkan artikel yang diberikan oleh penyelia.

Namun, Penulis tetap berusaha juga untuk menyiapkan analisis ini. Alhamdulillah, usaha yang dilakukan untuk menyiapkan analisis 50 laman web berkaitan ini Berjaya..

Sekian..



Seperti apa yang telah ditugaskan( Cari sekurang-kurangnya 50 laman web yang berkaitan dengan tajuk anda sama ada dalam bahasa Melayu, indonesia dan english). Dalam pencarian 50 laman web yang berkaitan dengan tajuk penulis iaitu ‘Peribadi Rasulullah sebagai contoh akhlak mulia’ merupakan perkara yang amat mencabar, penuh dengan cabaran dan dugaan bagi penulis. Antara kekangan dan cabaran yang ditempuhi oleh penulis adalah seperti berikut;

* Masalah internet - Selalu ‘server down’ dan lambat.
* Masalah sikap penulis sendiri – Malas dan kurang bersemangat.
* Masalah assignment lain yang perlu disiapkan.
* Komputer rosak.
* Kurang idea dalam membina dan menambah maklumat dalam blog.
* Banyak laman web yang sama isi berkaitan dengan sejarah Rasulullah saw.
* Kurang memahami bahasa Indonesia dan bahasa inggeris.

Penulis telah mencari laman web secara berperingkat-peringkat iaitu mencari 10 laman web dalam satu masa. Hal ini disebabkan pengaruh masalah internet tersebut yang mempengaruhi semangat penulis untuk mencari secara sekaligus.Penulis telah meletakkan alamat laman tersebut pada word bagi memudahkan penulis. Dalam pencarian, penulis telah mengaplikasikan pembelajaran pada metaku iaitu bahagian pra keperluan ( enjin carian dan teknik carian ). Enjin carian merupakan perisian yang digunakan untuk mencari maklumat. Ia juga merupakan laman web yang mengumpul dan mengorganisasikan laman-laman web berdasarkan sesuatu kata kunci. teknik-teknik carian tertentu memberi kelebihan kepada anda untuk membantu anda mencari maklumat dengan cara yang cekap dan berkesan.

Dalam beberapa hari berikutnya, Alhamdulillah penulis telah berjaya mencari dan mengumpul 50 laman web yang berkaitan dengan tajuk penulis. Dan seterusnya adalah proses menganalisis laman-laman web tersebut mengikut kriteria-kriteia yang telah ditetapkan. Sekian..

Hiasan @ ‘make up’ Blog

Pada peringkat ini, penulis tidak lagi memikirkan untuk membuat hiasan pada blog-blog penulis. Hal ini disebabkan penulis ingin mengutamakan perkara yang utama. Hiasan mengambil masa yang lama disamping memerlukam internet yang lancar. Setelah menyelesaikan perkara yamng utama, penulis akan menghias lagi blog-blog bagi kelihatan lebih menarik dan ceria. Penulis akan memasukkan video-video yang berkaitan dan membuat pautan ke laman-laman yang tertentu. Hiasan akan dilakukan berperingkat-peringkat mengikut kelancaran internet dan sikap penulis itu sendiri. Sekian….

Metaku (http://www.3metaku.com)


METAKU adalah panduan untuk mengakses dan mempelajari bahan dalam persekitaran pembelajaran hipermedia dengan mengamalkan strategi metakognitif dan memfokus kepada dua bentuk pembelajaran iaitu pembelajaran dalam talian dan luar talian. Laman ini telah dibina oleh Pensyarah-pensyarah Fakulti Pendidikan, UKM. Hal ini boleh dilihat pada hiperteks pasukan pada laman ini.

Pada awal melayari web ini, penulis mendaftar sebagai pendaftar baru dan mengisi maklumat pada ruangan daftar baru. Setelah mendaftar sebagai ahli pada metaku ini, penulis telah mengisi borang pada ruangan analisis kendiri. Terdapat beberapa bahagian yang terdapat pada ruangan ini antaranya Tahap Mencari, Memilih, Menyimpan, Mempelajari Maklumat. Setiap bahagian mempunyai borang yang perlu penulis isi. Tujuan ruangan Analisis kendiri ini adalah untuk membantu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelajar belajar dalam persekitaran hipermedia.

Setelah mengisi borang tersebut, penulis telah meperolehi keputusan tersebut:
Keputusan Analisis Kendiri:
> Mencari maklumat : 75
> Memilih maklumat : 69
> Menyimpan maklumat : 88
> Mempelajari maklumat : 66

Setelah itu, Penulis telah mengikuti/melayari ruangan strategi metaku. Pada ruangan ini terdapat dua bahagian atau modul yang penulis pelajari iaitu modul dalam talian dan modul dalam dan luar talian. Dalam modul dalam talian, adalah untuk pelajar yang ingin mempelajari bahan secara dalam talian. Ia melibatkan proses mencari, memilih dan mempelajari bahan secara dalam talian. Modul dalam dan luar talian adalah untuk pelajar yang ingin mempelajari bahan secara dalam dan luar talian. Ia melibatkan proses mencari, memilih, menyimpan maklumat secara dalam talian dan mempelajari bahan secara luar talian. Pelbagai ilmu yang penulis dapat setelah mempelajari modul-modul tersebut. Penulis berasa bersemangat dan berminat mempelajari modul ini disebabkan isi-isi pengajaran teratur dalam bentuk peta minda dan terdapat hiperteks untuk penerangan pada setiap cabang bagi isi utama tersebut. Penerangan yang diberikan juga cukup jelas dan mudah difahami . Penulis banyak mendapat input daripada strategi metaku ini. Banyak benda baru yang penulis baru ketahui berbanding sebelumnya.

Penulis juga telah melayari ruangan pra keperluan. Terdapat beberapa bahagian yang terdapat pada ruangan ini iaitu pelayar web, enjin carian, teknik carian, dan simpanan dalam talian. Bahagian-bahagian tersebut merupakan kemahiran asas dalam mengakses dan mempelajari maklumat daripada internet. Banyak yang telah penulis pelajari dalam ruangan ini. Terdapat juga bahagian-bahagian yang telah penulis kuasai seperti bahagian enjin pencarian dan pelayar web. Manakala bahagian yang lain adalah ilmu yang baru penulis perolehi.

Setelah melakukan aktiviti pembelajaran, penilaian kendiri dilakukan bagi menilai atau mengenal pasti kekuatan dan kelemahan belajar dalam persekitaran hipermedia disamping memberi peluang kepada penulis merenung semula aktiviti pembelajaran yang telah dilalui. Keputusan penilaian kendiri adalah seperti berikut:
Keputusan Penilaian Kendiri:
> Mencari maklumat : sebelum 73, selepas 80
> Memilih maklumat : sebelum 53, selepas 83
> Menyimpan maklumat : sebelum 71, selepas 79
> Mempelajari maklumat : sebelum 52, selepas 66

Berdasarkan skor yang penulis telah perolehi, penulis merasakan perlu melakukan aktiviti pembelajaran sekali lagi. Penulis telah bercadang akan melakukan aktiviri pembelajaran pada masa-masa yang lapang.

Terdapat beberapa kelebihan METAKU antaranya:

  • METAKU membantu anda mendapatkan maklumat dengan efektif dalam persekitaran pembelajaran hipermedia
  • Memberi panduan langkah demi langkah untuk anda mempelajari maklumat yang diakses dari Internet
  • Membantu anda meningkatkan kemahiran belajar yang diperlukan dalam persekitaran pembelajaran hipermedia.
  • Menekankan peranan strategi metakognitif iaitu merancang, memantau dan menilai supaya maklumat yang diakses menepati kehendak, apa yang perlu dicari dan membantu menyelesaikan tugasan anda
  • Membimbing anda cara mensintesis maklumat yang diperolehi dari Internet untuk mengelakkan plagiarism

Yahoo group???




ilmiah2008@yahoogroups.com merupakan emel yahoogroup bagi kumpulan latihan Ilmiah ini yang mana setiap ahli kumpulan wajib mendaftar dalam yahoogroup. Tujuan utama yahoogroup adalah bagi memudahkan ahli group sentiasa berkomunikasi dan saling berkongsi idea dalam masalah yang dihadapi antara ahli dan juga penyelia. Penyelia juga menjadikan yahoogroup ini sebagai medium untuk menyampaikan sebarang maklumat yang ingin disampaikan kepada kami. Sebagai contoh:

Assalamu alaikum,

Sebagai panduan untuk pencarian maklumat laman-laman web yang berkaitan dengan tajuk anda menggunakan strategi metakognitif - sila pelajari kandungan laman web Metaku:

www.cahtma.com/ metaku/index64. html

anda perlu mendaftar sebagai pengguna. seterusnya lakukan analisis kendiri. Jawab dengan tepat dan kemukakan keputusan kepada kami.

Saya beri tempoh untuk anda mempelajari maklumat tersebut dan dijadikan pengetahuan yang perlu diaplikasikan dalam kajian ini dalam tempoh seminggu dari sekarang (16 sept 08)

Saya juga menghantar kepada email sdr/i dan saudari borang penilaian penggunaan laman web Metaku sebelum 16 sept.

Dalam yahoogroup kami telah diarahkan agar membina folder masing2 pada ‘File’ dan juga ‘link’. Ini adalah untuk memudahkan penyelia melihat perkembangan kami dalam proses pembinaan blog. Selain itu, ahli kumpulan juga dapat melihat blog ahli yang lain dengan hanya membuka ‘link’ pada folder ahli yang lain.

Internet merupakan sesuatu perkara yang sangat penting dalam proses latihan ilmiah kami ini Hal ini kerana pembinaan blog dilakukan pada internet. Oleh kerana internet selalu ‘slow’ dan ‘server down’ menyebabkan penulis kurang bersemangat membuat blog ini khususnya dan umumnya melayari internet disamping dorongan rasa malas penulis.

Yahoogroup memainkan peranan yang penting dalam perjalanan latihan ilmiah ini kerana fungsinya yang pelbagai dan memudahkan penyelia dan ahli latihan ilmiah ini. Sekian…

Membina beberapa blog.

Pada masa ini, saya mula mendapat tajuk yang sesuai..tajuk yang penulis pilih adalah "PENGINTEGRASIAN SUMBER MAKLUMAT DARI LAMAN WEB UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PERIBADI RASULULLAH SEBAGAI CONTOH AKHLAK MULIA” .

Maklumat dari penyelia:
Sehingga tahap ini anda telah pun mempunyai tajuk dan mempunyai blog. Untuk kajian ini anda akan mempunyai sekurang-kurangnya 4 blog yang berasingan.
1. Blog peribadi/personal (optional)
2. Blog tentang proses anda menjalani latihan ilmiah (anda perlu mencatatkan refleksi setiap proses yang ada lalui semasa membuat latihan ilmiah ini (proses kajian dan refleksi metakognitif)
3. Blog tentang laman-laman web yang berkaitan dengan tajuk anda yang telah dipilih dan dinilai berdasarkan standard pemikiran (pemikiran kritikal)
4. Blog tentang pengajaran dan pembelajaran tajuk anda (pemikiran kreatif anda)

Setelah mendapat maklumat seperti di atas, pada mulanya Penulis berasa tertekan kerana sebuah blog pun dah berasa susah untuk disiapkan, apatah lagi 4 blog. Namun, demi mencari ilmu penulis menguatkan semangat dan akan meningkatkan lagi usaha membina 4 blog tersebut dan penulis berpegang pada kata2 ini “Dimana ada kemahuan di situ ada jalan”.
Penulis pun mula lah membina 3 blog lagi pada emel yang sama.. penulis mulanya tidak tahu bahawa blog yang 3 lagi boleh didaftar pada emel yang sama, kwn2 la yang memberitahu..Maka, pencarian 3 templte pun kembali lagi.. mencari 3 template dan memasukkan pada blog penulis yang lain tidak menjadi masalah lagi kerana telah mengetahui caranya sebelum ini.

Percubaan dalam membina blog

Buat pertama kali penulis membina blog, Penulis telah mendaftar ‘sign up’ pada www.blogger.com dan mengisi borang yang telah disediakan pada laman tersebut. Setelah mendaftar masuk, penulis melihat dan meneroka laman blogger tersebut. Pada masa inilah penulis banyak bertanya kwn2 apakah yang seterusnya perlu dilakukan. Firstly, penulis melihat kwn2 sibuk mencari template yang sesuai untuk dijadikan template blog mereka..Penulis pun apa lagi, terus mencari template yang sesuai dengan pandangan mata penulis.

Pencarian template mengmbil masa juga disebabkan masalah mencari template yang lawa-lawa dan juga masalah internet slow..Yang buat penulis tension adalah masalah internet slow, keadaan inilah yang banyak membuang masa penulis.

Setelah menemui template yang berkenan dengan template yang sesuai, pengarang meminta kwn memberi tunjuk ajar bagaimana nak memasukkan template ke dalam blog penulis. Setelah diberi tunjuk ajar, penulis pun telah dapat kemahiran memasukkan template tersebut pada blog. Terima Kasih kepada kwn2 yang membantu.

Pemilihan tajuk

Pada perjumpaan pertama bersama penyelia, penulis dan rakan-rakan yang lain diberikan taklimat ringkas oleh penyelia mengenai latihan ilmiah kumpulan ini. Latihan ilmiah yang kami akan lakukan adalah berbeza dengan latihan ilmiah yang dilakukan oleh pelajar tahun empat yang lain. Pada mulanya, penulis berasa risau dan bimbang kerana masih kabur tentang apa yang sepatutnya perlu dilakukan untuk latihan ilmiah. Atas penerangan yang diberikan oleh penyelia, penulis mula dapat menggambarkan sedikit apa yang perlu dilakukan.

Pada mulanya,penyelia meminta kami memilih tajuk yang sesuai dan bertepatan dengan silibus mata pelajaran pendidkan Islam. Apa yang berbezanya, kami dikehendaki menjadikan tajuk tersebut lebih mendalam dan meluas dan membolehkan pembaca berasa berminat untuk membacanya.

Sambil mencari tajuk, penyelia meminta kami meneroka sedikit sebanyak tentang pembinaan blog. Oleh kerana kumpulan ahli ilmiah kami ramai,kami dapat bebincang, menunjuk ajar, meminta bantuan dan lain-lain lagi sesama ahli. Terdapat juga ahli kumpulan yang telah mahir dalam membina blog. Jadi, apa lagi..Penulis pun selalu bertanya-tanya dengan kengkawan yang lain tentang membina blog ini. Biasala…penulis baru berjinak-jinak dalam membina blog dan merupakan pertama kali membina blog.

Muqaddimah

Assalamu’alaikum wbt…

Pada blog ini Penulis ingin berkongsi kepada pengunjung semua tentang perjalanan Penulis dalam membina beberapa blog yang telah diamanahkan oleh penyelia latihan ilmiah Penulis. Untuk pengetahuan semua, penyelia latihan Penulis ialah Dr Hjh Siti Fatimah Mohd Yassin dan Dr Saemah Rahman. Terdapat seramai 20 orang pelajar PIPAQ yang berada dibawah seliaan mereka termasuk Penulis sendiri. Penulis dan rakan-rakan yang lain merelakan diri untuk diselia oleh Dr Hjh Siti Fatimah Mohd Yassin dan Dr Saemah Rahman.

Bagaimana Penulis boleh menyertai group ini? Sebenarnya, rakan Penulis yang mengajak Penulis untuk mengikuti group latihan ilmiah ini. Kami memberikan nama masing-masing kepada Hajjah pada hujung sem lepas lagi.. Penulis tertarik mengikuti group ini setelah rakan Penulis menerangkan serba sedikit mengenai tugasan yang perlu kami lakukan dalam group ilmiah ini.

Pembinaan Blog? pembinaan blog merupakan tugasan utama yang perlu kami lakukan. Terdapat beberapa blog yang perlu kami siapkan yang mana Penulis akan menerangkan proses pembinaan blog tersebut. Pada awal Penulis tidak berasa yakin kerana memikirkan pembinaan blog adalah bukan perkara mudah tetapi oleh kerana rakan-rakan yang lain mengikutinya dan segala permasalahan boleh dibincangkan bersama.

Tajuk utama kami untuk group latihan ilmiah ini adalah "PENGINTEGRASIAN SUMBER MAKLUMAT DARI LAMAN WEB UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ...” dan sambungan ayat tajuk ini adalah mengikut tajuk sendiri..Dan kami dikendaki membina satu blog khas untuk tajuk ini.

Setakat ini untuk coretan muqaddimah Penulis.

;;